Ini sesi meluahkan perasaan.


Entahlah. Hari tu aku jumpa Mak Cik Samsiah (sila rujuk #aku dan kerja) dekat Tesco bahagian jual jual ikan. Kita orang memang agak mesra. Ialah, rindu lah gamaknye kot. Dah lama tak jumpa. Aku pelik, kenapa mak cik kerja kat bahagian tuh? Dia cerita balek, ropenya kedai mee kat food court tesco tu sudah di tutup. Bila dengar balek cerita mak cik di mana Amir (manager) berhenti kerja sebab na tolong abah dia buka kedai, terus kedai makan tu tutup. Bukan tu aja, malah geng geng kedai air, Hafiz and the gang pun da berhenti kerja. Aku tatau kenapa. Sekarang tatau sapa yang ganti mereka. Aku dapat tahu, ramai pekerja pekerja lama yang seangkatan dengan aku sebelum aku masuk PLKN, dah berhenti. Wafi, dengar kata berhenti kerja kedai mak cik dia, iaitu kedai sebelah, berhenti untuk dapatkan kerja yang lebih baik. Ialah, lepasa MIAT takan na kerja kaunter je kot? Kak Siti Otai pun da berhenti. Aku tatau apa cerita dia sekarang. Ella dengan Eika da balek Muar, sambung belajar. Pastu, akak akak kedai tenpanyaki dah gulung tikar. Kesian, untung ta kena dengan modal. Bebudak kedai Each-a-cup pun dah bertukar orang termasuklah dengan bebudak kedai Daily Fresh. Tapi, akak kedai arcade tu still lagi ada. Dari dulu sampai sekarang. So, kalau aku pergi tesco, aku akan singgah kedai arcade tu. Biasalah, diakan orang lama. Tahu naik turun dan kejatuhan yang berlaku di Tesco. Oh, tak lupa, Kak Ain. Walaupun dialah yang paling awal berhenti kat kedai mee tu dari kita orang, tapi lepas dia kerja kat kedai kek, sehingga sekarang dia masih ada lagi di kedai kek tu. Dulu abang Hafiz selalu hantar dia pergi kerja. Tapi sekarang tak tahulah siapa yang hantar dia lepas Hafiz berhenti dari kedai air. Aku pusing satu tesco, lihat sekeliling. Ramai yang dah tak ada. Dah bertukar orang, bersilih ganti. Pendek kata, zaman kegemilangan kita orang dulu kini hanya kenangan. Aku rindu dia orang. Pastu 2 hari kemudian, entahlah. Pelik. Family memula plan na pergi KLCC, tapi sampai je kat tol Serdang, jam macam jamban ! Yelah, ramai sangat na masuk simpang Serdang sebab na pergi Jom Heboh. Ada apa pada Jom Heboh? Di sebabkan jam yang teruk, kita orang patah balek pergi The Mines aja. Tu aja yang dekat. Pastu akak cakap dia na beli phone baru. Sony Ericson Xperia X8. Dia banyak tanya aku soalan pasal X8 tu. Aku pelik. Sebelum ni na tegur aku pun susah. Lepas balek tu. Dia hadiahkan aku baju. Sumpah, memang pelik ! Dulu mana pernah tegur aku. Nak bagi hadiah pun kedekut. Tapi kali ni dia buang tebiat, mcam hari tu sebelum aku balek kolej, dia nak salam dengan aku. Err ? Entahlah. Pastu, duit PTPTN da masuk. Aku na bayar yuran kolej sebanyak $2749. Entahlah. Macam mahal. Tapi, macam bodoh. Aku jadi macam tak tentu hala. Semua benda yang aku, semuanya mendatangkan jahanam kepada aku. Macam semuanya salah. Bila kira balek, bajet aku memang tak cukup. Lari habis ! Nak beli fixie ta lepas, Macbeth brighton tak lepas, baju dengan seluar pun tak lepas. Lepastu, aku na kena bayar duit gig Si K tu lagi. Erg, pastu ada lagi yuran. Yuran pendaftaran Yuran lapor diri + yuran asrama = $ 1070 tak termasuk bayaran modul, $ 80. Memang haram ! Kolej gila duit ! Memang babi. Bajet lari dan memang tak boleh nak kejar. Pastu parents aku suruh kerja. Aku malas. Sebab aku nak rehat. Aku na save otak aku untuk kegunaan Sem 2 depan. Ergh ! Tolong lah seseorang faham !? Oh, pastu aku sakit. Sakit sesangat. Engkau dengan engkau. Memang padan sangat. Jangan harap aku kasi muka kali ni. Selama ni aku percaya kan engkau dan engkau, tapi macam harapan je. Puih ! Taik betul. Pergi mampus.
Di sebabkan terlampau tension yang terlebih limit, jerawat aku naik banyak macam pop corn.