Happy Family ?

Okeh, masa ini aku sedang dengar lagu Evanescene, bring me to life. Haritu lepas kitorang balek dari The Mines (sila rujuk #Ini sesi meluahkan perasaan, post yang lepas), Aina a.k.a Nana, adik yang bawah aku ni, malam tu dia buka album gambar kami satu family. Gambar lama, masa dolu dolu. Entah macam mana, malam tu jadi sesi menatap gambar family beramai ramai. Tapi time tu abah tadaklah sebab dia pergi surau. Biasalah, orang surau. Bila aku tengok keadaan itu, aku rasa macam ada satu perasaan yang aku dah lama tak rasa. Sebab its too obvious, terlalu awkward. Perasaan yang sudah lama hilang, muncul kembali. Seriously, aku tak tahu apa perasaan tu. Aku tidak dapat bayangkan. Baru aku sedar, adakah itu yang di panggil sebagai sesi bersama keluarga, keluarga bahagia? Kemudian, si Madiah tu a.k.a akak aku banyak tanya aku pasal phone X8 yang baru dia beli masa tengah hari time kitorang pergi Mines tuh. Entahlah. Banyak betul mulut dia buka hari tu. Dia banyak tanya aku macam macam. Eleh, nak berbaik semula lah tu konon. Yelah kot. Aku pun, yelah, ajar je lah. Oh, haritu mama pergi hospital. Pagi tu, tetiba dia macam kena lumpuh sementara. Darah berhenti. Pastu akak hantar sampai ke balai polis depan simpang jalan Nilai Impian lepastu polis tu bawak mak aku pergi hospital. Dia cerita kata macam dah nak mati. Aku tatau kenapa dia cakap macam tu. Yang kesiannya, tiap malam dia mengerang sakit pinggang. Siapa yang berjaga malam tu memang tau lah apa kena buat. Ambil ubat mama sekali dengan air. Kesian mama. Pastu time tu, someone tu text aku. Aku pelik soalan dia tanya macam ada tersirat. Macam bertanya untuk mendapatkan kepastian dari aku. Lepas 2 3 text lepas tu, dia hilang. Aku rasa dia cuma nak tahu. Mungkin dia rasa pelik aku tak tegur dia dah lepas kejadian yang berlaku lalu. Yelah, semenjak ada pakwa tu, mana nak tegur aku dah. Oh, aku bukan cakap pasal kau (itu pun kalau kau baca post blog nih). Aku cakap pasal orang lain. Pastu, aku ada baca status kau. Agak sakit hati la juga. Takpa. Aku tak kisah sebab kau tu memang macam haram. Semua tahu tu. So, ada apa kisah kalau cari point dengan sampah macam kau? Oh, aku dah mungkir janji sendiri. Bodohkan aku? Text someone yang aku tak patut. Silap sendiri.