Aku dan Peluang
Semalam amat kecoh tentang keputusan UPU dan juga kemasukan ke IPTA mahupun IPTS sera Kolej. Tahniah kepada yang berjaya terpilih dan kepada yang tadak rezeki, cuba lagi. Aku tumpang gembira dengan apa yang berlaku. Tetapi, kurang menyenangkan. Ini kerana pada pandangan aku, ada sedikit tidak adil,bias, dan juga agak tak patut, mungkin? Jika difikirkan, pelajar lepasan SPM yang berjaya ke institut pengajian tinggi ini kebiasaannya yang mendapat keputusan agak memberansangkan. Tetapi, apa yang akan terjadi kepada yang kecundang? Ok, soalan bodoh. Tentulah permohonan mereka di tolak. Kemudian, apa terjadi. Sudah tentu menggangur, kan? Apa yang aku nak tekankan di sini, para penganggur juga mempunyai keinginan untuk menyambung belajar. Apakan daya, kuota yang dikenakan terhadap mereka agak susah untuk di capai. Contoh, keputusan SPM mereka yang lalu agak menyedihkan. Mungkin 4B+ 3C+ 2D 1G. Jika dilihat, sudah tentu mereka tidak akan dapat memasuki ke mana mana pusat pengajian. Tambahan pula, subjek matematik mereka mendapat D sedangkan tahap minima untuk matematik adalah C. Lebih lebih lagi, mereka adalah yang terpilih untuk memasuki Khidmat Negara. Bertambah susah untuk mereka memohon. Orang lain yang sebaya dengan mereka mungkin sudah pun mendapat tawaran menyambung belajar. Mungkin bukan salah mereka yang mahu mendapat keputusan sebegitu. Mungkin bukan tahap dan daya mereka untuk mendapat keputusan yang elok elok. Mereka sudah buat sehabis mampu. Mengikut fakta, tahap intelektual seseorang agak berbeza. Mereka tidak dapat menyamakan diri mereka dengan tahap kepandaian orang lain. Lebih senang, tidak dapat bersaing walaupun sudah berusaha. Oleh itu, aku minta pihak kerajaan walau siapa pun, buatlah sebuah rancangan untuk membantu mereka yang tidak berjaya dalam permohonan kemasukan ke pusat pengajian ini supaya mereka dapat terus belajar, bukannya menganggur di pusat membeli belah, kaki rayau, mat rempit dan sebagainya. Jika kita mahu mereka berjaya, untuk memajukan negara, berilah mereka peluang. Sekarang ini, kebanyakkan IPTA mahupun IPTS hanya menilai mereka dari keputusan SPM. Pandangan aku, mereka ini harus di nilai dari tahap minat, kemahiran dan bakat. Kalau diorang pandai sekali pun, tapi tadak bakat dan kemahiran, bukankah agak membuang masa di situ mengajar mereka yang buta kemahiran? Malahan, pusat pengajian ini juga mengajar teori, bukannya kemahiran. Agak membazir duit pulok. Oleh itu, aku harap pusat pusat pengajian ini mengkaji semula tahap kuota yang mereka kenakan dan juga cara pengendalian fakulti mereka. Sekian, terima kasih. Wabilahtaufikwalhidayah, assalammualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.