Aku dan Hobi.


Pengganguran memang tak sesuai untuk aku. Sekarang nih, banyak sangat hobi baru timbul. Hadoi.. Aku pun naik pening. Aku punya tunggulah akak nih cll aku kerja, haram tadak. Time tulah timbul idea banggang aku. Menjahit. Aku bukak lemari, cerik baju lama yang tak pakai, potong-potong, jahit dekat baju lain. Nampak macam ada corak sikit. Hebatkan? Ni semua idea banggang aku la nih. Aku nak jual dekat Rekatee. Mesti untung. Kemudian, hobi baru mari. Listkan sebanyak mungkin laman web, lagu, atau apa sahaja yang menarik minat aku, yang aku terbaca dekat majalah atau TV. Hadoi.. Sebab tu aku sediakan kertas dan pen kat sebelah. Lepas tu, aku listkan semua benda yang aku nak buat sebelum aku mati. Hahaha. Hebatkan? Sekarang ni aku banyak membaca. Termasuklah sarikata yang ada tulih-tulih kat bawah dalam TV tuh.. ( tu kira baca ke ? ) Malah, aku sedang buat perancangan untuk buat laman web sendiri. Memandangkan FB kat Malaysia dah nak di-off, ambil kesempatanlah kan? Yang tu pun salah satu dari list yang aku nak buat sebelum mati. Hobi yang pelik?alau makan sekali pon. Yang tak tahan, aku selau hurung phone aku walaupun masuk jamban. Sapalah nak text aku. Hadoi.. Aku melukis, conteng kaki aku buat macam tatu, tengok Full House. Macam bodoh tengok cerita Korea. Dah tu jelah cerita yang ada pagi-pagi kat TV..