Fenomena

Oh yeah! Satu fenomena baru. Hahaha. keluar dewan awal walaupun tak siap lagi exam + masa belum tamat. Korang yang keluar awal tu memang hebat. :D Time tengah bembengongkan diri untuk menjawab dan menyelesaikan soalan bengap nih, tetiba saja ramai lak (macam dah berpakat) keluar dewan awal. Hebat seh.. Padahal tak habis lagi. Fenomena ni berlaku selepas Nabil aka Paus RXZ Kuning, orang pertama yang mencetuskan fenomena baru tuh. Time tu paper sejarah. Bermulalah hari tu, sampailah sekarang. Yang tak tahan tadi, aku punya lah dok pikiaq apolah jawapan ni ha.. Then aku tengok Azzem dah hilang. Pelik lak. Then Haikal catalyc lak hilang. Aku rasa diorang keluar. Aku pun tidur lah kejap. Bangun then tengok Wan Fendi keluar. Wah, hebat lah diorang nih. Semakin lama semakin berkurang lah manusia yang amik paper add math. Budak SK1 lagi gempak. Tinggal pelajar harapan jelah, 9 orang. Balik-balik muka Daus Tapa lah yang first keluar. adoi.. ==' Ni baru add math, belum lagi untuk esok dan seterusnya, mana tau? Hahaha. Sekali satu dewan keluar. Aku pun ada terfikir nak keluar, tapi malas lah. Yelah. Aku bukan buat pon. melukis, bantai, conteng, gelak sesorang, pastu kasik jawapan mengarut yang tadek kena mengena dengan kehendak soalan. Hebat kan? Aku pon tak tau kena aku suka sebut ayat' HEBAT ' tuh. Hahaha. Hebat.. Esok dah lah Fizik, next week Kimia. Lagilah hebat! Then kitorang cuti panjang sikit. Sikit jelah.. Tak kesah, tinggal 4 subjek je lagi.. Hadoi.. Cepatlah sikit. Bila nak habis kesemua penyeksaan nih? Aku rasa nak keluar dewan awal lah.. Tak nak lah. Oh lagi satu, tiap minggu aku akan tukar kasut. Hahaha. Hebat kan?
Adakah ianya satu fenomena yang baru? :)