Ketagih


Semenjak abah aku beli kemera Nikon D500, dia dah mula obses dengan aktiviti photographic dia. Diakan dah nak pencen, so kenalah carik hobi baru. Masalahnya, hobi baru dia tu menjelikkan, naik menyirap. Memang bagus untuk dia meneroka hobi baru, tapi, naik menyirap kot. Dia dah jadi obses. Siap beli majalah kamera lagi tuh. Hari tu dia pergi diving kat Terengganu, abih gambar dia menyelam semua nak di ambik. Pastu siap tayang kamera dia depan aku. Taulah aku pun nak kamera tu gak. Masalahnya, hobi dia tuh, berjangkit kat aku. Aku ketagih kamera! Shit.
* Nilah kamera abah aku tuh. Tak habis-habis..
Selalu aku kat kelas, buat forum dengan Chong discuss brand camera mana yang paling top. Sial jek. Hahahaha. Biasalah, kitorangkan budak komputer, hahaha ( bajet. ). Ada sekali tuh, kitorang bertengkar ( tapi bukan dengan nada marahlah ) kata kamera Sony paling top. Masalahnya, kamera DSLR paling top Nikon, brand kamera paling top, Canon, tapi kamera yang paling top, Sony. Ada paham? Hahaha. Sekarang nih, aku pun dah terikut dia. Minat dengan kamera. Tak kisah lah kamera apa. Holga ke, Lomo ke, Diana sekali pon, Polaroid, dak pon kamera digital mahupun DSLR, habis semua jenis kamera kalau boleh nak aku godek. Dah jadi macam satu hobi ( mungkin? ). Bukan apa. Aku ni macam ketinggalan, baru nak mula melayan menatang ni semua. Orang lain dah back to basic dah. Hahaha.
* Kat kelas, aku selalu lukis gambar kamera Polaroid nih. Bagi aku, ia unik.

* Lomo lak ada banyak design,warna dan bentuk. Tapi, aku ambil yang ni. Bagi aku, design dia menarik. Semacam unik, futuristic.
* Tapi yang ni lagi menarik, hybrid. Holga yang di gabungkan dengan Polaroid.
* Malah, Diana F+ ni pon nampak smart. Sejibik macam kamera klasik yang pakai filem.
Sumpah, aku dah mula ketagih. Boleh belikan aku yang ni? Tak dapat yang betul, keychain pon jadiklah.