Aku dan kasut #1


Yeah. Aku tak sabar nak beli kasut. Asal aku memang minat kasut, tapi tak minat pakai. Haha. Jadah apa. First kasut yang aku pandang Converse.Yeah. Converse. Time tu zaman emas Grunge. Aku tak ingat umur aku berapa time tuh, tapi Converse memang orang solute gila. * Zaman emas Grunge = time ni band-band macam Pearl Jam, Nirvana, No Doubt tengah naik. Jujur aku cakap, aku tak kenal jenama kasut yang lain sebelum nih. Macam Reebok, Adidas, Puma, Nike tu semua. Sebab time tu, jenama-jenama kasut tu tadek kasut yang sesuai untuk di pakai berjalan dan di gayakan. Kebiasaannya, kasut Nike atau Adidas adalah kasut sukan yang ternama. Kemudian, diorang telah merubah gaya kasut diorang mengikut peredaran zaman. Kasut sukan yang boleh digayakan, sporty and trendy. Permintaan untuk kasut Adidas sangat tinggi hinggakan kilang Adidas tak menang tangan. Akhirnya, dia jadi official shoes untuk setiap acara sukan yang di adakan di seluruh dunia. Untuk pengetahuan korang, Adidas asal dari Jerman, yang merupakan sebuah syarikat pengeluar barangan sukan yang terbesar di Eropah dan yang kedua terbesar di dunia selepas Nike. Adidas diasaskan oleh Adolf " Adi" Dassler bersama dengan adiknya, Rudolf pada tahun 1948. Selepas perpecahan syarikat asal mereka Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Dassler Brothers Shoe Factory), Rudolf " Rudi " Dassler membuka sebuah syarikat dan jenama kasut baru, Puma. Penggunaan nama Adidas mempunyai 2 maksud :
1. Adi(nama samaran Adolf) + Das(Dassler) = Adidas
2. Akronim Adidas : A Day I Dream About Sport.Bukan itu sahaja, syarikat kasut berjenama yang berasal dari Amerika, iaitu Nike pon sudah mula menarik perhatian ramai( Gambar di sebelah menunjukkan sebuah kasut Nike Dunk High Premium ). Syarikat kasut yang pada asalnya bernama Blue Ribbon Sports yang diasaskan oleh atlit pecut Oregon Universiti, Philip Knight dan pelatihnya, Bill Bowerman pada tahun 1964, adalah merupakan sebuah syarikat pengedar kasut Onitsuka Tiger. Pada tahun 1971, hubungan perdagangan antara Blue Ribbon Sports (BRS) dan Onitsuka Tiger (OT) mulai renggang. Pada tahun Jun 1971, BRS mula melancarkan kasut pertama mereka Nike ( yang diambil daripada nama dewa Greek, Nike yang bermaksud kemenangan ), dengan menggunakan lambang Swoosh yang biasa kita lihat sehinggalah ke hari ini.