
Yang ni pon boleh dikategorikan sebagai tabiat ke? Entahlah. Akhir-akhir ni, tabiat aku lain macam. Benda yang aku tak minat dulu tiba-tiba aku minat pulak. Sebagai contoh :
1. Aku asyik layan lagu yang dulu aku tak minat. Elektro ( techno ), indie, lagu-lagu slow, hip-hop, rap, dan so on.. Tiap kali dengar radio jek, aku selalu berharap lagu-lagu yang aku minat sebagai contoh, lagu Yuna, Gadis Semasa akan di mainkan ( aku bukan layan Yuna pon ). Maybe sebab lagu dia agak retro siket ( aku memang minat retro. ) Elekto lak aku minat lagu Daft Punk. Stylo seh. Memang unik. Tabik solutelah kat korang. satgi malam nak dengar radio, again. Harap lagu yang aku nak tu akan di mainkan. :D

2. Aku asyik berharap yang ada orang akan call atau text aku. Entahapahalentah. Lepas mandi, balik sekolah, bangun pagi, sebelum tidur, masuk bilik, lepas makan, keluar jamban, mahupun tengah berak, aku selalu berdoa yang ada orang akan text aku. Selalu sangat nak kat phone aku tuh appear : 1 new message receive. Hahaha. Kalau nak text orang lain, tu dah kira kacau diorang. Yelah, diorangkan semua dah ada gf bf tu semua.
Boring seh..

3. Aku asyik blogging. Yeah, thats rite. Aku asyik blog memanjang. Padahal aku dulu memang dah ada blog, tapi jarang update. Sekarang nih aku asyik buka blog jek. Apehal ha?

Adakah ini pon boleh dikategorikan sebagai tabiat?