Conteng menyonteng.

Waduh, kitorang masuk dewan la pulak... Ada gerak gempur a.k.a Open exam, exam yang boleh buka buku.Sampai hari jumaat ni kot. Walaupun begitu, malas gila bai nak buat. Tarak mood doh.. sorrylah cikgu. saya tak jawab dengan sebaik mungkin kat paper BM. bapak malas bai time tuh. Kena buat karangan, aku lak tadak mood, argh! Bantai jelah.. last-last aku ambil keputusan, melukis dan menconteng. Bapak hebat aku nih ( mencoteng kat dalam paper tu gak. Dasar penconteng.) Then, hari rabu exam BI dengan Fizik, both subjek favorite aku kot. Tapi, still same. Yilek mood. Entahlah. Aku pon tak tau kenapa. Apa akan terjadi kat paper aku yang seterusnya pula?Herm.. Maybe sebab terlalu excited sabtu ni kot? Hahaha. Yeah! Macbeth Elliot Premium, just wait, I will be there. Muahahahaha.

Aku : Abah, mintak duit sikit. *sambil tersengih.
Abah : Kau nak buat apa?
Aku : Nak buat beli kasut. Boleh tak?
Abah : Ah! Mengada. Takyah. Nampak ni? *menayangkan buku limanya.

Itulah antara dialog-dialog yang di sampaikan oleh kitorang. Duit aku tak cukup lagi berapa puluh jek. Abah niih, nak beli kasut pon tak boleh.

*Korang tau, ni lah kasut yang aku nak sangat tuh. Gempak bai. Stylo and smart doh.. Argh! Geram gila bai.Macbeth Elliot Premium. :D

Sambung pasal exam tadi, lepas habis sekolah, lagi macam sial. Time kitorang tunggu mak aku sampai, entah macam mana, aku dengan Wan Fendi jadi macam sakai tak bertempat. Dapat bayangkan tak, dah Form 5 tapi tak macam budak Form 5 pon! Berlari sana sini, berkejar kejaran, pastu.. argh! macam budak sakai. Budak sakai pon tak macam tu. Hahahaha. Kenangan bai. Tahun depan tak jumpa dah. Harap jangan lost sudah, okeh?